Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hye semua, tutorial pada hari ini dimulakan dengan penerangan oleh Dr Fariza berkaitan dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Bagi menghasilkan pembelajaran dan pemudahcaraan dalam turorial ini lebih menarik, Dr meminta saya dan rakan-rakan membuat 2 kumpulan yang terdiri daripada 3 ahli. Seterusnya. kami diberikan 4 tajuk utama iaitu poster, video. internet dan LCD. Bagi berlaku adil, kami bersepakat untuk menjalankan pengundian. Selepas pengundian dibuat kumpulan saya yang terdiri daripada saya sendiri, saudari Khairunisya dan Saudari Yusnita memperolehi tajuk video sebagai tajuk pembincangan dan pembentangan. Pembentangan yang dikirakan spontan ini, mungkin menyebabkan sedikit cemas, namun ia sangat menarik untuk dilaksanakan. Pembentangan daripada semua kumpulan sangat baik. Tidak saya sangka apabila Dr meminta kami membuat pengundian untuk kumpulan yang menang, kami diumumkan sebagai kumpulan pembentang terbaik. Satu perkara yang mengembirakan
0 Comments
|