Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada minggu ini, kami mempelajari Augmented Reality. Apa itu Augmented Reality?. saya juga kurang pasti pada asalnya, namun berdasarkan penerangan Dr AR ialah sesuatu gambaran kaku yang boleh menjadi timbul apabila di tonton melalui penggunaan telefon pintar. Dr. Fariza menunjukan gambar yang diberikan dan telefon pintar beliau dan digunakan untuk menguji gambar yang diberikan. Ternyata, kertas yang berlukisan kaku mampu mengeluarkan satu video dengan pergerakan dan bunyi yang menarik. Saya pasti rakan-rakan juga berminat untuk mengetahui bagaimana teknologi ini digunakan. Kaedah ini sangat menarik dan menyeronokan kerana kita dapat mempelajari teknik baru di dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Aurasma menggunakan kad imbasan. Bagi mempelajarinya dengan lebih mendalam Dr meminta kami memuat naik App Aurasma untuk digunakan semasa kelas pada minggu hadapan.
0 Comments
|