Tutorial pada minggu ini berkaitan Fotografi.
Dr menerangkan teknik-teknik yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu gambar. Sebelum tutorial bermula, sedikit sebanyak telah diterangkan oleh Majer Jasmy berkaitan teknik-teknik ini. Oleh kerana tutorial ini bersifat santai membolehkan komunikasi dua hala berlaku.Penghasilan gambar yang baik bergantung bagaimana seorang juru gambar itu menggunakan teknik-teknik yang dipelajari semasa melaksanakan praktikal. Antara teknik-teknik yang diterangkan oleh Dr. Fariza ialah Depth of Field, Rule of Thirf, Apertures, Shutter, Flat lay dan sebagainya. Selain itu, pembelajaran minggu ini menjadi lebih menarik apabila Dr. Fariza menunjukkan beberapa keping gambar hasil tangkapan beliau. Bukan itu sahaja, kami dialu-alukan untuk melihat gambar-gambar yang diambil melalui laman instagramnya. Berdasarkan kepada pembelajaran Fotografi, Dr. Fariza meminta agar kami menyediakan satu buku secara kreatif untuk meletakkan hasil tangkapan gambar untuk kerja induvidu.
0 Comments
|