Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hye semua. Hari ini merupakan hari pertama tutorial teknologi pendidikan. Pada minggu lalu kami telah diberikan kumpulan tutorial dan tutor yang akan mengendalikan kami sepanjang minggu tutorial berlangsung. Nak tahu siapa? Inilah tutor kami Dr Fariza Khalid, sebelum ini, kami pernah berada di kuliah komputer dalam pendidikan. Beliau merupakan penyelaras kursus tersebut. Kini, kami pula bepeluang untuk mengenali dengan lebih dekat. Aktiviti hari ini dimulakan dengan sesi memperkenalkan diri. Sejujurnya kami memang sudah mengenali antara satu sama lain kerana saya dan rakan-rakan yang berada di dalam tutor ini adalah dikalangan rakan di bawah kos yang sama.
Sikap Dr. yang lembut dan menjiwa kami sebagi seorang pelajar membolehkan suasana di dalam kelas menjadi ceria. Seterunsya, Dr memulakan tutorial dengan menerangkan beberapa tugasan penting yang perlu dilaksanakan oleh saya dan rakan-rakan. Antaranya ialah penghasilan bahan bantu mengajar dan buku bergambar/ album. Penghasilannya adalah atas dasar kreativiti diri masing-masing. Selesai sahaja menerangkan tugasan, Dr. beralih kepada aktiviti kedua iaitu mencari satu blog yang anda rasakan ada kelebihan berdasarkan prinsip CASPER. Saya mengambil satu blog dan saya ulas berdasarkan pandangan saya terhadap pengisian di dalam blog yang ditonton. Tambahan lagi, Dr juga berkongsi laman academia (https://www.academia.edu/) yang boleh dijadikan bahan rujukan dan carian jurnal dan bahan bacaan.
0 Comments
|